A dream you dream alone is only a dream. A dream you dream together is reality
14 August 2017
11 September 2015
ENTRY PERTAMA TAHUN 2015
Assalamualaikum,
Jejari agak kaku bila menaip. sebab dah lama sangat tak menaip kat blog, sampai email dan password pn dah lupa. Setelah 3tahun bertungkus lumus belajar untuk Ijazah yang dikejar-kejar, akhirnya aku dah bergelar graduan. Dah lama dah pun. aku grad tahun 2014 pada bulan 10 kalau tak silap. lepas je grad, aku pun dk la keje part time and freelance. Biasa lah freelance kontrak, habis je kontrak menganggur la balik. lama gak menganggur. Tapi aku percaya pada rezeki Allah untuk aku.
Setelah lama menunggu panggilan kerja yang dah berbakul-bakul resume aku hantar, akhirnya ad satu company panggil aku tuk kerja. Walaupun sekadar Software Support, aku masih bersyukur. April 2014 aku mula kerja kat company yang diberi nama ** Software Sdn. Bhd.. Company ni just jual accounting software sahaja, so secara automatik aku pn kena la belajar accounting sikit. Even sebelum2 ni memang aku tak pernah guna, apatah lagi nak belajar pasal software ni..
Antara software yang company ni jual adalah QnE Software, Sage UBS, SQL accounting dan yang tebaru cloud accounting Office Central.
Best tak keje macam ni?.. erm, bagi aku, setelah hampir 5bulan aku kerja, kerja ni ok la. bila time nak kena check account customer, mmg bz sangat. tp bila awal bulan dan tengah bulan tu agak relaz sikit. kadang2 stress sebab perangai customer, software xde masalah pun. biasalah manusia, salah keyin data tapi salahkan software yang tak bernyawa.
Bos aku, erm.......... agak men-streskan.. tapi tak komen banyak.. haha... takut plak ttbe page ni muncul kat laptop dia, haru biru aku dibuatnye, mcm baju biru aku sekarang ni..
ok lah, dah2 la mengarut macam tulis karangan UPSR... time pn dh sampai, kemas2 boleh cabut balik rumah... -Assalamualaikum-
03 August 2015
SETELAH SEKIAN LAMA
Assalamualaikum...
Ok, dah lama sangat tak menulis ni.. idea pn takde. so sebagai permulaan, kne panas2 kn badan dulu duk ushar2 blog orang lain dlu. kot-kot dapat idea menulis.. kena cari balik motif tuk menulis ni.. ape bende yang nk ditulis...
Ok, dah lama sangat tak menulis ni.. idea pn takde. so sebagai permulaan, kne panas2 kn badan dulu duk ushar2 blog orang lain dlu. kot-kot dapat idea menulis.. kena cari balik motif tuk menulis ni.. ape bende yang nk ditulis...
11 March 2013
Laporan Seminar Kerjaya dan Pembuatan MMFTSM
Pada 24 Februari yang lepas, telah diadakan Seminar Teknologi Pembuatan dan Kerjaya. Seminar ini dijalankan bersempena dengan Minggu Mesra Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat(MMFTSM). Terdapat 2 sesi iaitu sesi soal jawab dan penerangan dari beberapa buah industry mengenai Kerjaya.
Sesi
pertama telah disertai oleh 3 panel jemputan iaitu :
1) Kapten
Ab Manan Bin Mansor dari KPP
2) En
Azhari Bin Omar dari Proton Holding
3) En
Mirza Safri Bin Sufian dari Pakarunding UKM
Antara
perkara-perkara yang dibincangkan adalah mengenai kerjaya para pelajar apabila
tamat belajar dan ketika berada di dalam industri. Kerjaya boleh didefinasikan
sebagai perkara yang kita minat untuk lakukan. Untuk memperoleh kerjaya yang mantap,
setiap pelajar perlu mempunyai “PASSION”
atau bersungguh dalam melakukan kerja dan menyiapkan suatu kerja yang
diberikan. Selain itu, kita juga perlu mananamkan sikap positif dan ikhlas
dalam melakukan suatu kerja bukan disebabkan oleh faktor gaji dan kelebihan
yang bakal kita perolehi.
Menurut
kajian pada tahun 1986, kebanyakkan individu membuat keputusan untuk memasuki firma
bergantung kepada 3 faktor iaitu factor objektif, subjektif dan hubungan
kritikal terhadap firma. Faktor objektif
menyertai firma adalah bergantung kepada gaji, manfaat yang bakal diperoleh,
kenaikan pangkat, persekitaran dan juga bakat. Para pelajar perlulah mengubah
fikiran yang sedia ada ini agar kita dapat lebih fokus dan ikhlas dalam
berkerja.
Faktor
kedua adalah faktor subjektif. Faktor yang disebabkan oleh cara membuat keputusan berdasarkan faktor sosial dan psikologi.
Sebelum pelajar hendak berkerja atau pergi untuk temuduga, pelajar perlu
membekalkan diri dengan maklumat-maklumat seperti mengkaji latar belakang
organisasi seperti produk-produk yang dihasilkan oleh organisasi tersebut.
Pelajar juga perlu mebuat pilihan yang tepat dan memilih bidang yang sesuai
agar pelajar dapat memberi komitmen yang baik dalam suatu projek atau kerja
yang dilakukan.
Faktor
ketiga pula adalah hubungan kritikal
terhadap organisasi. Pelajar perlu mempunyai hubungan yang baik ketika di dalam
organisasi dengan melakukan kerja dan memberi produktiviti yang baik dan
memuaskan. Selain itu, pelajar perlu mempunyai integriti dalam tingkah laku
ketika berkerja dan kemahiran berkomunikasi bersama rakan sekerja. Keputusan
pelajarn yang baik perlulah datang bersama kemahiran komunikasi yang baik. Kemahiran
menyelesaikan masalah juga perlu ada ketika menghadapi sebrang masalah ketika
berada di dalam organisasi.
Terdapat beberapa sebab mengapa
sebilangan graduan tidak dapat menempatkan diri di dalam industri. Antara sebab-sebab
yang ditemui adalah disebabkan kurangnya kemahiran
berkomunikasi dan kemahiran bertutur dalam bahasa inggeris. Kebanyakkan para
pelajar sekarang kurang yakin untuk bertutur dalam bahasa inggeris kerana
khuatir akan salah dan menggunakan tatabahasa yang tidak betul. Oleh itu,
sebelum tamat belajar, para pelajar telah diwajibkan untuk mengambil kursus
dalam cara berkomunikasi di tempat kerja bagi memantapkan dan membina keyakinan
diri dalam bertutur dalam bahasa inggeris ketika berkerja.
Kebanyakkan organisasi-organisasi
yang ada seperti Proton Holdings, mereka memilih dam mengambil perkaerja
berdasarkan kemahiran cerdas, semangat untuk meningkatkan kemahiran serta bersikap positif dalam pelbagai aspek ketika
melakukan kerja. Sebelum menghadiri temuduga dan memulakan kerjaya dalam bidang
perkerjaan. Pelajar perlu melengkan diri dari segi mental dan fizikal.
Menanamkan sikap bertanya agar dapt menambah lebih banyak ilmu dan kemahiran
yang ada. Bertanya merupakan salah satu proses dalam pembelajaran. Selain itu,
pelajar perlulah bersedia dan berkemas dalam cara berpakaian dan perwatakan peribadi
penting ketika temuduga. Persediaan dalam menyediakan surat-surat, sijil-sijil
dan fail juga adalah penting. Segala maklumat yang berkenaan adalah penting dan
pelu disusun dengan rapi agar sentiasa bersedia ketika menghadiri temuduga. Perkara
utama dan paling penting dalam mebina kerjaya adalah dengan menjaga hubungan
baik terhadap ibubapa kita. Sentiasa mendapat restu daripada ibubapa dalam
segala perkara.
Perbincangan bersama panel-panel
diteruskan lagi dengan membincangkan soalan-soalan yang sering diajukan ketika
menghadiri temuduga. Antara soalan-soalan yang kerap ditanya adalah :
1) Terangkan
mengenai latar belakang diri anda.
2) Mengapa
anda ingin berkerja di dalam syarikat kami?
3) Apa
yang boleh anda sumbangkan kepada syarikat kami?
4) Di
mana anda melihat diri anda dalam”..” tahun akan datang?
5) Mengapa
kami perlu mengambil anda berkerja?
Di
atas merupakan soalan-soalan umum yang sering diajukan kepada pelajar ketika
sesi temuduga. Keyakina amat penting ketika menjawab soalan-soalan ini. Cara
menjawab soalan dapat mencerminkan potensi anda untuk diambil berkerja. Cara gerak
tubuh badan juga memainkan peranan yang penting. Melalui gerak tubuh sahaja,
penemuduga dapat membaca bagaimana anda sebenarnya. Seharusnya bersedia sebelum
pergi untu temuduga.
Ramai yang beranggapan bahawa kerjaya dalam
bidang teknologi merupakan kerjaya bagi mereka yang mempunyai tahap keyakinan
diri yang rendah kerana mereka kurang interaksi bersama manusia tetapi lebih
interaksi kepada teknologi atau komputer. Justeru itu, tanggapan itu adalah
salah kerana, walaupun berada dalam industri IT, mereka masih perlu membuat
pembentangan dan bernteraksi dengan pihak atasan. Dari situ lah kita dapat
membina keyakinan diri ketika bercakap dikhalayak ramai.
Daripada seminar kerjaya yang saya
hadiri, dapat saya simpulkan bahawa keyakina diri dan kemahiran komunikasi amat
penting ketika temuduga dan ketika berkerja di dalam industry disamping
mempunyai keputusan peperikasaan yang baik. Kedua-dua nya datang serentak bagi
mempunyai kerjaya yang mantap.
01 March 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)