A dream you dream alone is only a dream. A dream you dream together is reality

30 June 2011

Saya Join Contest The Best Picture of Me

Asslamualaikum...

ehem2.. pagi2 trus bukak dashboard.. ushar2 ape entry yang best tentang blogger2 untuk diterjah.. tangan terus membawa tetikus trus ke blog update Mr Ashraf  n trus nampak pasal contest yang dianjurkan oleh blogger comel cik Engku Sofea..


Picture tuk contest ni, akan aku pertaruhkan gambar nie lagi... 

gambar ni agak xjelas... tak tau mane silap nye...
saya rase ni lah pic sy yang terbaekk.. nak tau kenapa??... hurm... 
yang pertama: mungkin sebab baju tu warna biru.. 
yang kedua : Encik jejaka yang amik photo nie.. 
dan yang ketiga : wedding pertama sahabat saya... 
time ni rase sangat lah cantik diri nie.. xpenah2 posing cam gini.. sekali dapat posing.. hamik kau... pastu kene gelak ngan Encik Jejaka...

saya tag mereka : Ariff.. juya.. shidot..


28 June 2011

buta nye CINTA itu

Assalamualaikum...
bahan rujukan : luahan hati seorang teman  


kerana CINTA seorang itu jadi merana
kerana CINTA seorang itu hilang pedoman diri
kerana CINTA seorang itu hilang akal fikiran
kerana CINTA seorang itu hilang pendirian
kerana CINTA seorang itu hilang kehidupan
kerana CINTA seorang itu hilang rase takut pada yang esa
kerana CINTA seorang itu hilang senyuman
kerana seluruh jiwa nya diberikan kepada si dia yang pernah dicintai
hilang CINTA bermakna hilanglah jiwa dan kehidupannya
hidup ibarat bangkai bernyawa yang masih berharap pada CINTA yang tiada lagi untuknya
CINTAnya kini telah berpaling tadah
kerana CINTA itu mebutakan 
kerana CINTA musnah nya sebuah kehidupan

KERANA CINTA ITU BUTA 


kenapa seseorang itu sanggup merana kerana cinta?.. keran cinta yang dulu, dia takut untuk memberikan cintanya kepada orang lain yang mungkin ditakdirkan untuknya.. jangan sesekali musnah kerana cinta.. aku harap sahabat itu akan terus perjuangkan kehidupannya dan mencari sebuah kehidupan baru yang disinari kebahagiaan.... 


nota kaki : aku harap ALLAH mengekalkan cintaku padanya.. 
                   jauhkan lah dari segala keraguan

24 June 2011

Kongsi Trafik Dan Tukar Link

Assalamualaikum...




pagi2 ni aku nak join segmen dari blog Bangku Kosong.. ini untuk menaikkan kadar trafik blog aku yg agak lame nie... biasela.. aku yang baru menjinak-jinak diri dalam bodang pem-blog-gan nie susah sket nk dpt rating di kalangan blogger..

dengan harapan, lepas nie rating akan naik.. xbanyak, sket pn jadi la.. so.. kepada sesape yg nak join.. boleh la klik banner Bangku Kosong... sume syarat2 dinyatakan kat situ....


nota kaki : pagi2 xde idea.. otak masih tepu dengan perut yg berbunyi...

23 June 2011

boleh ke sampai nie???

Assalamualaikum...

entry ke-3 pd hari nie... rajin lak nk menaip dilaka manyak keje nie.. haha... saje nak share,, terase cute sangat bile muhammad hisyam bagi nie..

╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬\O
╬═╬ ▌\
╬═╬//
╬═╬ O/
╬═╬/▌
╬═╬ //
╬═╬
meh capai tgn b meh....sme2 nek...




[hati pn berbunga-bunga]


nota kaki : itupun nk cite ke?.. huhu.. ske ati la... :P

LOVE me LOVE you

Assalamualaikum


Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu .kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri. 


Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita. Tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah perasaanya sama seperti perasaan kita.. ingin mencintai walaupun tidak dicintai. Hormatilah perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan. 

Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.

Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama .. tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti.. Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian....







nota kaki : sy cinta dia...