A dream you dream alone is only a dream. A dream you dream together is reality

11 March 2013

Laporan Seminar Kerjaya dan Pembuatan MMFTSM


     Pada 24 Februari yang lepas, telah diadakan Seminar Teknologi Pembuatan dan Kerjaya. Seminar ini dijalankan bersempena dengan Minggu Mesra Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat(MMFTSM). Terdapat 2 sesi iaitu sesi soal jawab dan penerangan dari beberapa buah industry mengenai Kerjaya.

Sesi pertama telah disertai oleh 3 panel jemputan iaitu :
1)      Kapten Ab Manan Bin Mansor dari KPP
2)      En Azhari Bin Omar dari Proton Holding
3)      En Mirza Safri Bin Sufian dari Pakarunding UKM

     Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah mengenai kerjaya para pelajar apabila tamat belajar dan ketika berada di dalam industri. Kerjaya boleh didefinasikan sebagai perkara yang kita minat untuk lakukan. Untuk memperoleh kerjaya yang mantap, setiap pelajar perlu mempunyai “PASSION” atau bersungguh dalam melakukan kerja dan menyiapkan suatu kerja yang diberikan. Selain itu, kita juga perlu mananamkan sikap positif dan ikhlas dalam melakukan suatu kerja bukan disebabkan oleh faktor gaji dan kelebihan yang bakal kita perolehi.

     Menurut kajian pada tahun 1986, kebanyakkan individu membuat keputusan untuk memasuki firma bergantung kepada 3 faktor iaitu factor objektif, subjektif dan hubungan kritikal terhadap firma. Faktor objektif menyertai firma adalah bergantung kepada gaji, manfaat yang bakal diperoleh, kenaikan pangkat, persekitaran dan juga bakat. Para pelajar perlulah mengubah fikiran yang sedia ada ini agar kita dapat lebih fokus dan ikhlas dalam berkerja.
           
     Faktor kedua adalah faktor subjektif. Faktor yang disebabkan oleh cara membuat keputusan berdasarkan faktor sosial dan psikologi. Sebelum pelajar hendak berkerja atau pergi untuk temuduga, pelajar perlu membekalkan diri dengan maklumat-maklumat seperti mengkaji latar belakang organisasi seperti produk-produk yang dihasilkan oleh organisasi tersebut. Pelajar juga perlu mebuat pilihan yang tepat dan memilih bidang yang sesuai agar pelajar dapat memberi komitmen yang baik dalam suatu projek atau kerja yang dilakukan.

     Faktor ketiga pula adalah hubungan kritikal terhadap organisasi. Pelajar perlu mempunyai hubungan yang baik ketika di dalam organisasi dengan melakukan kerja dan memberi produktiviti yang baik dan memuaskan. Selain itu, pelajar perlu mempunyai integriti dalam tingkah laku ketika berkerja dan kemahiran berkomunikasi bersama rakan sekerja. Keputusan pelajarn yang baik perlulah datang bersama kemahiran komunikasi yang baik. Kemahiran menyelesaikan masalah juga perlu ada ketika menghadapi sebrang masalah ketika berada di dalam organisasi.  

     Terdapat beberapa sebab mengapa sebilangan graduan tidak dapat menempatkan diri di dalam industri. Antara sebab-sebab yang ditemui adalah disebabkan kurangnya kemahiran berkomunikasi dan kemahiran bertutur dalam bahasa inggeris. Kebanyakkan para pelajar sekarang kurang yakin untuk bertutur dalam bahasa inggeris kerana khuatir akan salah dan menggunakan tatabahasa yang tidak betul. Oleh itu, sebelum tamat belajar, para pelajar telah diwajibkan untuk mengambil kursus dalam cara berkomunikasi di tempat kerja bagi memantapkan dan membina keyakinan diri dalam bertutur dalam bahasa inggeris ketika berkerja.

     Kebanyakkan organisasi-organisasi yang ada seperti Proton Holdings, mereka memilih dam mengambil perkaerja berdasarkan kemahiran cerdas, semangat untuk meningkatkan kemahiran serta  bersikap positif dalam pelbagai aspek ketika melakukan kerja. Sebelum menghadiri temuduga dan memulakan kerjaya dalam bidang perkerjaan. Pelajar perlu melengkan diri dari segi mental dan fizikal. Menanamkan sikap bertanya agar dapt menambah lebih banyak ilmu dan kemahiran yang ada. Bertanya merupakan salah satu proses dalam pembelajaran. Selain itu, pelajar perlulah bersedia dan berkemas dalam cara berpakaian dan perwatakan peribadi penting ketika temuduga. Persediaan dalam menyediakan surat-surat, sijil-sijil dan fail juga adalah penting. Segala maklumat yang berkenaan adalah penting dan pelu disusun dengan rapi agar sentiasa bersedia ketika menghadiri temuduga. Perkara utama dan paling penting dalam mebina kerjaya adalah dengan menjaga hubungan baik terhadap ibubapa kita. Sentiasa mendapat restu daripada ibubapa dalam segala perkara.

     Perbincangan bersama panel-panel diteruskan lagi dengan membincangkan soalan-soalan yang sering diajukan ketika menghadiri temuduga. Antara soalan-soalan yang kerap ditanya adalah :
1)      Terangkan mengenai latar belakang diri anda.
2)      Mengapa anda ingin berkerja di dalam syarikat kami?
3)      Apa yang boleh anda sumbangkan kepada syarikat kami?
4)      Di mana anda melihat diri anda dalam”..” tahun akan datang?
5)      Mengapa kami perlu mengambil anda berkerja?

     Di atas merupakan soalan-soalan umum yang sering diajukan kepada pelajar ketika sesi temuduga. Keyakina amat penting ketika menjawab soalan-soalan ini. Cara menjawab soalan dapat mencerminkan potensi anda untuk diambil berkerja. Cara gerak tubuh badan juga memainkan peranan yang penting. Melalui gerak tubuh sahaja, penemuduga dapat membaca bagaimana anda sebenarnya. Seharusnya bersedia sebelum pergi untu temuduga.

     Ramai yang beranggapan bahawa kerjaya dalam bidang teknologi merupakan kerjaya bagi mereka yang mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah kerana mereka kurang interaksi bersama manusia tetapi lebih interaksi kepada teknologi atau komputer. Justeru itu, tanggapan itu adalah salah kerana, walaupun berada dalam industri IT, mereka masih perlu membuat pembentangan dan bernteraksi dengan pihak atasan. Dari situ lah kita dapat membina keyakinan diri ketika bercakap dikhalayak ramai.

     Daripada seminar kerjaya yang saya hadiri, dapat saya simpulkan bahawa keyakina diri dan kemahiran komunikasi amat penting ketika temuduga dan ketika berkerja di dalam industry disamping mempunyai keputusan peperikasaan yang baik. Kedua-dua nya datang serentak bagi mempunyai kerjaya yang mantap.



01 March 2013

NEW LIFE :: NOTHING MUCH


NOTHING TO WRITE
PLAIN POST == MY PLAIN LIFE
BORED PAGE == MYBORED LIFE




25 November 2011

mengumpul lemak : Aroma Ikan Bakar Jeram

Assalamualaikum


entry makan lagi ye.. sebab aku suke sangat makan... especially SeaaaaaFoooodddd.... awesome...
kali ni nk bawak korang makan kat jeram.. tempat makan fav yang baru tuk family aku.. huhu... seafoood yang sangat3 fresh.. terbaikk dari ladang.. dan yang pentinggg... soodappp.. sehingga menjilat ibu jari kaki.. ok tipu..

nampak je papan tande nie, pasti nye anda xsesat

 kami pilih duk bersila.. mcm gazebo.. haha

menu kitorang... 
tak amik banyak sebab orang yg kuar makan xdapat join..
takut membazir je

pose b4 balik.. yang penting tempat mkn tepi laut..
nyama gilerst..



*nota kaki  : mai pakat ramai2 mkn kat sni.. 
kalau wat reunion pun ok gak

mengumpul lemak : DOMINOs

Assalamualaikum...


happy burfday my frens... JAWAHIR JAIR..
thanks too burfday gurl sebab treat kitorang makan dominos.. burfday die, tapi die yang belanje.. haha... rugi jadik kawan kitorang nie kan.. huhu...
sangat kenyang at that time.. and xpasal2 dominos dah jadi makanan favorite aku.. dammit... habislah duit Encik Jejaka nanti.. haha...

ni lah burfday girl... she's a k-pop fans tau

diorang dah xsabar nk makan sebab aku sibuk amik gmbar.. haha

 
almas liyana & Faradyana Azman

burfday gurl with present from KAMI..


Thankz again JAWA sebab wat perut ku sangat penuh sampai xlarat nk ride balik hostelll... huhu


Cyber Camp 2011/2011

Assalamualaikum..


[entry tergendala ]

Cyber Camp yang dijalankan pada 22/23-oct-2011 yang lalu di HutanPenyelidikanAlam UKM..
tak banyak sebenarnya nak kongsi pengalaman camp nie sebab aktiviti pun xbanyak disebabkan masa yang sangat singkat... just nk share photo tuk tontonan umum...

antara warga KBH di FTSM

game air.. habis semua lencun

lencun2 pun posing yg penting

pic wajib : MAKAN

last day bersama ahli kumpulan

antara junior2 yang join cyber camp...

ni lah kami... melompat tuh wajib.. warga KBH la katekan.. 
same macam yang melompat kat belakang bilik atas pokok tu... haha

walaupun aktiviti tak banyak sangat.. tapi enjoy sangat sebab dapat member2 yang selama ni pernah nampak kat fakulti tapi xpernah kenal...
yang penting dapat isi mase lapang dari duk terperap kat dalam bilik.. huhu


salam...