A dream you dream alone is only a dream. A dream you dream together is reality

11 September 2015

ENTRY PERTAMA TAHUN 2015


Assalamualaikum,


     Jejari agak kaku bila menaip. sebab dah lama sangat tak menaip kat blog, sampai email dan password pn dah lupa. Setelah 3tahun bertungkus lumus belajar untuk Ijazah yang dikejar-kejar, akhirnya aku dah bergelar graduan. Dah lama dah pun. aku grad tahun 2014 pada bulan 10 kalau tak silap. lepas je grad, aku pun dk la keje part time and freelance. Biasa lah freelance kontrak, habis je kontrak menganggur la balik. lama gak menganggur. Tapi aku percaya pada rezeki Allah untuk aku.

     Setelah lama menunggu panggilan kerja yang dah berbakul-bakul resume aku hantar, akhirnya ad satu company panggil aku tuk kerja. Walaupun sekadar Software Support, aku masih bersyukur. April 2014 aku mula kerja kat company yang diberi nama ** Software Sdn. Bhd.. Company ni just jual accounting software sahaja, so secara automatik aku pn kena la belajar accounting sikit. Even sebelum2 ni memang aku tak pernah guna, apatah lagi nak belajar pasal software ni..

     Antara software yang company ni jual adalah QnE Software, Sage UBS, SQL accounting dan yang tebaru cloud accounting Office Central.


     Best tak keje macam ni?.. erm, bagi aku, setelah hampir 5bulan aku kerja, kerja ni ok la. bila time nak kena check account customer, mmg bz sangat. tp bila awal bulan dan tengah bulan tu agak relaz sikit. kadang2 stress sebab perangai customer, software xde masalah pun. biasalah manusia, salah keyin data tapi salahkan software yang tak bernyawa.
      Bos aku, erm.......... agak men-streskan.. tapi tak komen banyak.. haha... takut plak ttbe page ni muncul kat laptop dia, haru biru aku dibuatnye, mcm baju biru aku sekarang ni..
     ok lah, dah2 la mengarut macam tulis karangan UPSR... time pn dh sampai, kemas2 boleh cabut balik rumah... -Assalamualaikum-




03 August 2015

SETELAH SEKIAN LAMA

Assalamualaikum...


Ok, dah lama sangat tak menulis ni.. idea pn takde. so sebagai permulaan, kne panas2 kn badan dulu duk ushar2 blog orang lain dlu. kot-kot dapat idea menulis..  kena cari balik motif tuk menulis ni.. ape bende yang nk ditulis...


11 March 2013

Laporan Seminar Kerjaya dan Pembuatan MMFTSM


     Pada 24 Februari yang lepas, telah diadakan Seminar Teknologi Pembuatan dan Kerjaya. Seminar ini dijalankan bersempena dengan Minggu Mesra Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat(MMFTSM). Terdapat 2 sesi iaitu sesi soal jawab dan penerangan dari beberapa buah industry mengenai Kerjaya.

Sesi pertama telah disertai oleh 3 panel jemputan iaitu :
1)      Kapten Ab Manan Bin Mansor dari KPP
2)      En Azhari Bin Omar dari Proton Holding
3)      En Mirza Safri Bin Sufian dari Pakarunding UKM

     Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah mengenai kerjaya para pelajar apabila tamat belajar dan ketika berada di dalam industri. Kerjaya boleh didefinasikan sebagai perkara yang kita minat untuk lakukan. Untuk memperoleh kerjaya yang mantap, setiap pelajar perlu mempunyai “PASSION” atau bersungguh dalam melakukan kerja dan menyiapkan suatu kerja yang diberikan. Selain itu, kita juga perlu mananamkan sikap positif dan ikhlas dalam melakukan suatu kerja bukan disebabkan oleh faktor gaji dan kelebihan yang bakal kita perolehi.

     Menurut kajian pada tahun 1986, kebanyakkan individu membuat keputusan untuk memasuki firma bergantung kepada 3 faktor iaitu factor objektif, subjektif dan hubungan kritikal terhadap firma. Faktor objektif menyertai firma adalah bergantung kepada gaji, manfaat yang bakal diperoleh, kenaikan pangkat, persekitaran dan juga bakat. Para pelajar perlulah mengubah fikiran yang sedia ada ini agar kita dapat lebih fokus dan ikhlas dalam berkerja.
           
     Faktor kedua adalah faktor subjektif. Faktor yang disebabkan oleh cara membuat keputusan berdasarkan faktor sosial dan psikologi. Sebelum pelajar hendak berkerja atau pergi untuk temuduga, pelajar perlu membekalkan diri dengan maklumat-maklumat seperti mengkaji latar belakang organisasi seperti produk-produk yang dihasilkan oleh organisasi tersebut. Pelajar juga perlu mebuat pilihan yang tepat dan memilih bidang yang sesuai agar pelajar dapat memberi komitmen yang baik dalam suatu projek atau kerja yang dilakukan.

     Faktor ketiga pula adalah hubungan kritikal terhadap organisasi. Pelajar perlu mempunyai hubungan yang baik ketika di dalam organisasi dengan melakukan kerja dan memberi produktiviti yang baik dan memuaskan. Selain itu, pelajar perlu mempunyai integriti dalam tingkah laku ketika berkerja dan kemahiran berkomunikasi bersama rakan sekerja. Keputusan pelajarn yang baik perlulah datang bersama kemahiran komunikasi yang baik. Kemahiran menyelesaikan masalah juga perlu ada ketika menghadapi sebrang masalah ketika berada di dalam organisasi.  

     Terdapat beberapa sebab mengapa sebilangan graduan tidak dapat menempatkan diri di dalam industri. Antara sebab-sebab yang ditemui adalah disebabkan kurangnya kemahiran berkomunikasi dan kemahiran bertutur dalam bahasa inggeris. Kebanyakkan para pelajar sekarang kurang yakin untuk bertutur dalam bahasa inggeris kerana khuatir akan salah dan menggunakan tatabahasa yang tidak betul. Oleh itu, sebelum tamat belajar, para pelajar telah diwajibkan untuk mengambil kursus dalam cara berkomunikasi di tempat kerja bagi memantapkan dan membina keyakinan diri dalam bertutur dalam bahasa inggeris ketika berkerja.

     Kebanyakkan organisasi-organisasi yang ada seperti Proton Holdings, mereka memilih dam mengambil perkaerja berdasarkan kemahiran cerdas, semangat untuk meningkatkan kemahiran serta  bersikap positif dalam pelbagai aspek ketika melakukan kerja. Sebelum menghadiri temuduga dan memulakan kerjaya dalam bidang perkerjaan. Pelajar perlu melengkan diri dari segi mental dan fizikal. Menanamkan sikap bertanya agar dapt menambah lebih banyak ilmu dan kemahiran yang ada. Bertanya merupakan salah satu proses dalam pembelajaran. Selain itu, pelajar perlulah bersedia dan berkemas dalam cara berpakaian dan perwatakan peribadi penting ketika temuduga. Persediaan dalam menyediakan surat-surat, sijil-sijil dan fail juga adalah penting. Segala maklumat yang berkenaan adalah penting dan pelu disusun dengan rapi agar sentiasa bersedia ketika menghadiri temuduga. Perkara utama dan paling penting dalam mebina kerjaya adalah dengan menjaga hubungan baik terhadap ibubapa kita. Sentiasa mendapat restu daripada ibubapa dalam segala perkara.

     Perbincangan bersama panel-panel diteruskan lagi dengan membincangkan soalan-soalan yang sering diajukan ketika menghadiri temuduga. Antara soalan-soalan yang kerap ditanya adalah :
1)      Terangkan mengenai latar belakang diri anda.
2)      Mengapa anda ingin berkerja di dalam syarikat kami?
3)      Apa yang boleh anda sumbangkan kepada syarikat kami?
4)      Di mana anda melihat diri anda dalam”..” tahun akan datang?
5)      Mengapa kami perlu mengambil anda berkerja?

     Di atas merupakan soalan-soalan umum yang sering diajukan kepada pelajar ketika sesi temuduga. Keyakina amat penting ketika menjawab soalan-soalan ini. Cara menjawab soalan dapat mencerminkan potensi anda untuk diambil berkerja. Cara gerak tubuh badan juga memainkan peranan yang penting. Melalui gerak tubuh sahaja, penemuduga dapat membaca bagaimana anda sebenarnya. Seharusnya bersedia sebelum pergi untu temuduga.

     Ramai yang beranggapan bahawa kerjaya dalam bidang teknologi merupakan kerjaya bagi mereka yang mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah kerana mereka kurang interaksi bersama manusia tetapi lebih interaksi kepada teknologi atau komputer. Justeru itu, tanggapan itu adalah salah kerana, walaupun berada dalam industri IT, mereka masih perlu membuat pembentangan dan bernteraksi dengan pihak atasan. Dari situ lah kita dapat membina keyakinan diri ketika bercakap dikhalayak ramai.

     Daripada seminar kerjaya yang saya hadiri, dapat saya simpulkan bahawa keyakina diri dan kemahiran komunikasi amat penting ketika temuduga dan ketika berkerja di dalam industry disamping mempunyai keputusan peperikasaan yang baik. Kedua-dua nya datang serentak bagi mempunyai kerjaya yang mantap.



01 March 2013

NEW LIFE :: NOTHING MUCH


NOTHING TO WRITE
PLAIN POST == MY PLAIN LIFE
BORED PAGE == MYBORED LIFE




25 November 2011

mengumpul lemak : Aroma Ikan Bakar Jeram

Assalamualaikum


entry makan lagi ye.. sebab aku suke sangat makan... especially SeaaaaaFoooodddd.... awesome...
kali ni nk bawak korang makan kat jeram.. tempat makan fav yang baru tuk family aku.. huhu... seafoood yang sangat3 fresh.. terbaikk dari ladang.. dan yang pentinggg... soodappp.. sehingga menjilat ibu jari kaki.. ok tipu..

nampak je papan tande nie, pasti nye anda xsesat

 kami pilih duk bersila.. mcm gazebo.. haha

menu kitorang... 
tak amik banyak sebab orang yg kuar makan xdapat join..
takut membazir je

pose b4 balik.. yang penting tempat mkn tepi laut..
nyama gilerst..



*nota kaki  : mai pakat ramai2 mkn kat sni.. 
kalau wat reunion pun ok gak

mengumpul lemak : DOMINOs

Assalamualaikum...


happy burfday my frens... JAWAHIR JAIR..
thanks too burfday gurl sebab treat kitorang makan dominos.. burfday die, tapi die yang belanje.. haha... rugi jadik kawan kitorang nie kan.. huhu...
sangat kenyang at that time.. and xpasal2 dominos dah jadi makanan favorite aku.. dammit... habislah duit Encik Jejaka nanti.. haha...

ni lah burfday girl... she's a k-pop fans tau

diorang dah xsabar nk makan sebab aku sibuk amik gmbar.. haha

 
almas liyana & Faradyana Azman

burfday gurl with present from KAMI..


Thankz again JAWA sebab wat perut ku sangat penuh sampai xlarat nk ride balik hostelll... huhu


Cyber Camp 2011/2011

Assalamualaikum..


[entry tergendala ]

Cyber Camp yang dijalankan pada 22/23-oct-2011 yang lalu di HutanPenyelidikanAlam UKM..
tak banyak sebenarnya nak kongsi pengalaman camp nie sebab aktiviti pun xbanyak disebabkan masa yang sangat singkat... just nk share photo tuk tontonan umum...

antara warga KBH di FTSM

game air.. habis semua lencun

lencun2 pun posing yg penting

pic wajib : MAKAN

last day bersama ahli kumpulan

antara junior2 yang join cyber camp...

ni lah kami... melompat tuh wajib.. warga KBH la katekan.. 
same macam yang melompat kat belakang bilik atas pokok tu... haha

walaupun aktiviti tak banyak sangat.. tapi enjoy sangat sebab dapat member2 yang selama ni pernah nampak kat fakulti tapi xpernah kenal...
yang penting dapat isi mase lapang dari duk terperap kat dalam bilik.. huhu


salam...

10 October 2011

Minggu terbosan dalam hidup..

Assalamualaikum..

tiada yang lebih membosankan dalam hidup apabila hujung minggu dipenuhi dengan duduk di dalam bilik sahaja..
semua plan minggu nie, sume terkubur begitu jer...

1) sabtu ---> satu aktiviti telah dibatalkan... dan ingat nak gi cari present kahwin seorang kwan.. tapi malangnya keadaan diri tidak mngizinkan.. lalu mengambil keputusan untuk berada dibilik sepanjang hari tanpa rumat-ku yang pulang ke rumah..

2) Ahad---> nak gi wedding kawan se-POLY, tapi xjadi disebabkan tiada transport.. dan mung betul kata seorang kawan.. banyak lagi transport lain, mengapa hanay bergantung pada seorang sahaja.. bertanya lah.. takkan nak tunggu org lain yg tanye.. and this situation piss me off... actually my dear friend.. anda tidak berada di situasi saya.. bukan hanya kenderaan yang saya fikirkan.. dan saya ade sebab lain yang xperlu dihebohkan... tapi kalau anda rase saya yang salah, tak mengapa.. saya minta maaf atas kesalahan saya..
( tapi cara anda menegur saya sangat kasar.. )
(dan itu buatkan saya tensyen dan tekanan darah saya menajdi semakin rendah)

mungkin betul kata ayahanda.. balik je la minggu ni kalau xde ape2 event..
alangkah baik nye jika aku ade telepathi untuk mengatahui rancangan yang bakal gagal.. waaaaaaaaaaaaaaaaa.. sangat sedih..

tapi pada petang ahad, hari ni jadi tak bosan.. sebab terpakse menajalan kan tugas sebagai PhotoG untuk pertandingan Debat Piala Naib Chanselor...

wakil BURHANUDDIN HELMI...

nota kaki : jangan berharap pada 1 aktivi hujung minggu shj

09 October 2011

Window vs Ubuntu

Assalamualaikum....

perbezaan antara window dan ubuntu??...


hurm.. ade sape2 boley bg tau aku tak ape perbezaannye?... agak blur dengan semua OS nie... windows+ubuntu+linux.. owh tidak.. i-buntu jadinya... untuk memudahkan pemikiran, jom kita google bende ni jap..


banyak beza nye... 
1) dari segi pemasangan/intallation nye..
window- lebih mudah.. Ubuntu-agak complicated

2) perisian/software
window-boleh instal dri mane2 sumber dgn mudah... 
ubuntu- tak semua software support OS ubuntu

3) penggunaan
window-mungkin lebih mudah sebab kebanyakan tempat guna window
ubuntu- cara penggunaan yang sedikit berbeza.. 

4) GUI - Graffic user interface
window- normal sebab bertahun2 tengok window..
ubuntu- GUI sangat berbeza.. lebih menarik.. cantikkkkk..

so, kepada sape2 yang ingin kan kelainan, bolehla d/load ubuntu kat laptop masing2.. 
jgn risau, sebab anda boleh gune 2 OS dalam laptop anda... 
yang penting anda berani tanggung risiko... 
actually, sometimes it's good to try different things..




08 October 2011

JOIN KREW InI Kisah Tia

Assalamualaikum...

morning2.. first entry hari ni dah nak join blog list blogger.. huhu... agak lame la tak join sume2 nie... bermula dgn bog cik Tia... 
bloglist ni kembali dibuat atas kehilangan bloglist yang lame...


hye cik Tia.... hehe... so, ape tunggu lagi.. jom la join semula... klik ke SINI... takpun KLIK je kt banner CIK TIA...


07 October 2011

Asean Universities Festival Arts(Aufa)

Assalamualaikum..

tonight aku begitu rajin untuk tulis entry SEBAB NYEEEEEEEEEEEEEE.... aku kesorangan dalam bilik tanpa rumate-ku... waaaa... so sad+boooooringggg
 ok2.. back tu topic... malan semalam dengan kerajinan yang ade, aku mengahdiri AUFA(Asean Univesities Festival Arts)... for the first time aku berminat dengan kesenian... yesssss... aku join TEKAD(bukan sekadar teater), music caklempung....


Oh nooo... adakah sesuatu telah berlaku dalam hidupku?.. hurm.. mungkin aku sendiri yang inginkan perubahan dalam hidup.. dan aku memilih seni sebagai salah satu hobi baru ku... and of course Photography menjadi pilihan... and i'm in the learning process with all the thoughfull sunbae...

terdapat beberapa participant dari beberapa negara asia.. antaranya adalah INDONESIA, THAILAND, VIETNAM, PHILIPINE... dan persembahan jemputan dari KOREA & CHINA.. 
this are few photo during the festive..

from MALAYSIA ( UKM, USM & ASWARA) 
from THAILAND 
 from VIETNAM
 from INDONESIA
 from PHILIPINES
 last performance from all participant
tak lupa KAMI from UKM... haha

itu sahaja untuk entry nie... bubbye... majulah seni untuk diri ku.. haha

nota kaki : kepala makin pening.. migraine nak datang.. oh nooooo


bersesat di putrajaya

Assalamualaikum....

hye2 uolzzz.... entry ni nak bagi tau korang perkara yang sangat memalukan bagi aku sebagai rakyat malaysia... hahaha... untuk kali pertama nya aku ke putrajaya with almas rumate-ku yang baru, hanye berdua.. perkara yang memalukan adalah bile kitorang sesat di bandar putrajaya+cyberaya... pusing punye pusing, xjumpe jalan nak ke masjid putra.. dengan berbekalkan minyak di tangki yang sedang berkelip-kelip... pergh.. memang tragik.. tapi akhirnya sampai gak kat datanran putra.. haha.. dalam kelam-kabut dan takut dengan keadaan minyak di tangki kereta, sempat gak kitorang snap gambar... yela kan, alang-alang dah sampai, xelok membazir permandangan kan.. huhiha..

rumate-ku.. Almas Liyana

it me lor...

kami yang masih boleh tersenyum sedangkan keadaan tak begitu gembira.. haha

dalam 30minit kat situ, kitorang pun balik ke bangi.. kali ni aku yang drive.. memang la huru-hara dunia nie... dah samapi bangi pun kitorang boley sesat gak.. mencari mcD untuk dinner, akhirnya ke  gerai char kuey teow sebab ntah mane mcd nie mnyorok pulak..... jam 1 pagi baru kitorang samai kat kolej.. samapi je terus tido tanpa fikir panjang... 
annyeonghi jumuseyo


nota kaki : pasni pastikan kalau nak merayau, merayau lah 
pd aktu matahari masih kelihatan...

02 October 2011

Malam Seni Berputik

Assalamualaikum.. 

malam tadi 1-Oct-2011, merupakan malam kebudayaan untuk setiap kolej di UKM...
so, xketinggalan la KBH join pertandingan nie...Gabungan Trio (TEKAD+D'TARI+D'MODERN=D'ARTDENALIN)  
Memang superb.. berbekalkan latihan hanye selama 4 hari, kitorang berjaya merangkul tempat ke-3. bayangkan kalau latihan yang 3minggu or 3bulan.. ehem2.. sure2 lakan dah tau nombor ape bakal menyusul..mungkin bukan nombor yang hebat, tapi untukkitorang yg baru first time join teater nie, memang cukup membanggakan... ape lagi.. next production akan lebih hebat dan.. 1st place jadi pegangan KOLEJ BURHADUDDIN HELMI... tiada yang mustahil... 
 ni sedikit cuci muka sekitar MALAM SENI BERPUTIK..


fika sebagai GAYAH3

 jiran kenduri kawen

muke kegembiraan



so, that all..xsabar nk tulis entry yang bakal menjelma dengan event2 yang sangat menarikk... bubbye